Wednesday, May 25, 2011

care2 nk epy,,,



1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan

Dua hal ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi. Dan kebanyakan hal-hal yang anda khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi. It’s all only in your mind.

2. Buanglah dendam

Yaa, kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut energy diri anda dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa korang. Buang sahaja!

3. Berhentilah mengeluh

Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada. Secara tidak sedar, anda telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat.

4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu

Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam hal sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar.

5. Tidurlah dengan nyenyak

Semua masalah yang timbul tidak perlu dibawa tidur. Hal tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai.

6. Jauhi urusan orang lain

Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya.

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu

Nikmati masa lalu sebagai kenangan. Janganlah bergantung padanya. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan kemarin dan bukan esok. Be totally present.

8. Jadilah pendengar yang baik

Ketika menjadi pendengar, anda akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain.

9. Berfikirlah positif

Rasa tertekan/tension adalah dari fikiran negatif. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.

10. Bersyukurlah

Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang membawa anda pada hal-hal yang besar. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal yang besar dan selalu membawa anda kepada KEBAHAGIAAN saat anda sedang bersyukur.

11.senyumlah dengan seikhlas hati..

senyumlah dengan seikhlas hati...

sy sentiassa mendoakan org d sekeliling sy hdup heppy sentiasa!!!

ingat!!

HIDUP LAH PADA MASA INI...BUKAN MASA LALU ;)

No comments:

Post a Comment